Wednesday 26 May 2010

H.A.S.R.A.T



indah... itu picisan kata hatiku...
tapi hanya picisan... kerna aku mungkin tak akan dapat menggapainya....
hati memberontak kerana mahu... tapi akal berkata tidak...
mahu terus dibayangi impian... atau hadapi realiti yang sememangnya ada di hadapan...


langkah ku kini ada ketikanya laju.... ada ketikanya longlai....
ketika laju bererti hati yang berkata....
ketika longlai akal bertindak untuk berfikir...

impian.... semua mahukan impian...
namun dengan kedewasaan ini, dapatkah aku untuk menggapainya...
walau mustahil... akan tetap aku jadikan satu angganan indah...
kerna aku yakin.. DIA pasti lebih tahu...

Walau kucuba untuk dekati namun mengapa impian itu cuba menjauh....
sunyi... kerna ku tak tahu apakah impian itu kan menjadi realiti...
biar saja aku duduk di sangkar rotan ini....
kerna aku tak mungkin akan ada di sangkar emas itu...

wahai sang impian....
cuba kau lihat aku disini....
walau hanya menjengah sudah cukup bererti bagiku...
kerna itu yang akan memberi senyuman yang mungkin akan selama-lamanya terpatri...

PREITYHANI@ANIM ZAINAL-26 Mei 2010-10:19pm