Thursday 23 December 2010

HANYA CORETAN PENYEJUK RASA

aku tak pernah menyebut apa.....
aku tak pernah terpikir apa....
kerana aku juga bukan lah siapa-siapa...

berdiri di tiang ini....
berpaut pada yang satu....
tak pernah langsung untuk berkalih....
kerana aku percaya.... mimpi yang hadir adalah alamat terbaik untukku....

mungkin kerana sifat yang suka berdiam....
diam bukan kerana tiada keseriusan...
diam aku adalah kerana tidak mahu ada kekusutan....

kata-kata ku adalah yang ikhlas...
tiada sedikit memandang pada rendah atau tinggi....
hatiku ikhlas... kerana aku percaya kamu terbaik untuk aku...

aku akan sentiasa di tiang ini...
kerana ku percaya, sinar itu akan toleh kembali padaku...
akan ku kuatkan hati.... berusahalah utk majukan dirimu...
aku sentiasa menanti sinar itu....
kerana sinar itu sudah ditakdirkan untuk aku....

~~Anim Markonah~~
~23 Dis 2010~
~2041~

1 comment: