Friday 3 July 2009

wajah....wajah....wajah....



semalam aku menghabiskan malamku dengan membaca novel....
boleh tahan juga kisahnya....
cuma tiba2 aku terfikir....
kesamaan setiap novel yang aku baca adalah berupa soal wajah...

watak utama yang diceritakan di dalam novel sudah pasti mempunyai wajah yang sempurna....
mata yang cantik, bibir yang cantik, hidung yang menarik....
namun dalam realiti nya, manusia dilahirkan dengan pelbagai rupa....

ada ketikanya aku terfikir, perlukah wajah yang cantik menampilkan sifat yang sempurna?
bagaimana dengan nasib mereka yang mempunyai wajah yang kurang menawan?
ntah la....

mmg ada istimewanya mereka yang berwajah menawan...
bak kata orang, dari mata turun ke hati....
mungkin wajah yang menawan itu perlu dalam menilai peribadi seseorang...
kenapa kita tak buat satu anjakan dimana kita boleh menukarkan pepatah tersebut kepada.... dari hati jatuh ke wajah?
tak sedap plak bunyi nya kan?
tak pelah... abaikan semua tu....

bercakap soal wajah ni, sebagai wanita biasa, aku juga mahukan wajah yang sempurna...
tapi aku akan sensitif bila orang membicarakan soal bibirku....
kenapa yer? biarlah aku seorang yang tahu...
bagi ku, aku akan cuba mencantikkan hati dahulu... kerana aku percaya dengan 'hati yang menawan', akan melahirkan sifat yang menawan... aku akan jadikan hati sebagai wajah diriku....
:)

No comments:

Post a Comment